Kuning turun

kuning turun ke 179. alhamdulillah. syukur sangat. mama teruskan bagi susu. sama ada df, botol atau cup, buat aje. asalkan farid minum.
tapi mama sedih pula. rupanya cara lekapan farid dah salah. farid hisap hujung je, dapat sikit la susu tu. mama usahakan farid hisap betul² tapi tak berjaya. mama sedih sebab tak pandai menyusukan farid. patut la kuning tinggi, kencing sikit, rupanya dapat susu sikit.

Kuning naik lagi

kuning naik ke 195. mama takot sangat. kontrol emosi elok². taknak susu drop..

Kuning naik

kuning naik ke 175. masih lagi kuat tido tak minum susu. mama konfius nak bf ke nak botol. rotate² macam tu la.. tak reti nak buat apa.

G6PD deficiency

farid didapati ada g6pd deficiency. kene duduk 5 hari utk monitor kuning. farid tido je bawah lampu tu. tak bangun² utk menyusu. akhirnya mama pam dan bagi botol. farid minum juga dalam tido. kuning farid 149
[Download] https://play.google.com/store/apps/details?id=pr.baby.myBabyWidget

Farid lahir

Farid lahir pukul 5.30 pagi. doc letak farid kat dada mama. mama terkejut tengok farid hodoh sangat. takde kening, takde bulu mata, hidung kembang, kepala lonjong macam alien. mama sedih la kenapa anak aku hodoh. pastu papa azankan dan tak tau dah jadi apa kat farid.
Berat farid 2.7 kg. Alhamdulillah. Mama target 2.6kg. Taknak besar takot sakit masa meneran.
[Download] https://play.google.com/store/apps/details?id=pr.baby.myBabyWidget

Labour Room

Pi hospital pagi2 terus masuk labour room. doc induce pukul 11pagi. tak jadi apa, doc induce lagi pukul 6 ptg. kalo tak jadi apa juga kene czer. mama harap² sangat farid keluar. doc bagi masuk bilik pukul 8 mlm.

 pukul 10 malam start sakit setiap 10 minit. masuk labour room cek bukaan 2cm. sakit sangat cucuk ubat. mama pun tido. pukul 1.30 terjaga sebab sakit sangat². katanya pukul 8.30 baru bersalin ni. mama panggil papa bawa kurma sebab takde tenaga.

pastu sakit³ sampai masa nak bersalin. mama teran banyak kali sebab mama tak kuat dan tak pandai teran. maafkan mama sayang...

 [Download] https://play.google.com/store/apps/details?id=pr.baby.myBabyWidget