Farid Dah 3 Bulan

Harini Farid okay. Ceria dari pagi sampai malam. Tapi mama letak Farid dalam bilik je sepanjang hari sampai malam. Farid pun tido aje. Siang tido, malam pun tido. Bila bangun ceria je main sorang².

Tapi malam la pulak Farid taknak tido. Mama papa dah tido kan tapi mata Farid bulat je. Segar betul. Dalam pukul 3 baru Farid tido sampai pagi.

Merengek pula dia

Selepas Maghrib Farid merengek². Semua benda tak kene. Letak merengek, riba merengek, duduk pun merengek. Farid nak mama cakap² dan dukung sambil jalan² baru okay, ceria muka.

Pukul 9 Farid start teriak. Muka kerut seribu. Merah² bila mama baringkan, bila mama ribakan. Bagi susu taknak. Mama penat sayang duk pegang dukung cakap ngan Farid sejak Maghrib tadi. Bagi la mama rehat kejap. Akhirnya mama dukung dan jalan² dalam rumah baru la Farid diam. Tapi mama dah tak larat.

Papa balik pukul 12.30 mlm papa amik alih. Farid masih nangis dan teriak. Papa pula dukung pusing rumah. Mama baring je. Dalam pukul 2 Farid tido sampai pagi.

Berpeluh

Harini farid tido lama. Pukul 11 pagi baru bangun. Dahi Farid berpeluh sejak semalam. Mama risau pulak. Farid panas ke, kurang susu ke, atau ada masalah lain? Mama googled tapi risau pula bila baca.

Malam Farid merengek². Baring tak kena, riba tak kena, duduk tak kena, berdiri tak kena, peluk tak kena. Last² mama peluk sambil berdiri baru la Farid tido.

Aik, pelik ni. Tak pelik pun. Papa selalu tidokan Farid malam² dengan bawa Farid berjalan² dalam rumah. Tu yang Farid nak jalan² tu kan.

Manja sangat anak mama ni.

Farid Suka Air

Masa baru lahir Farid takut air. Farid kesejukan walaupun air mandi tu dah cukup suam. Uwan terpaksa bagi air mandi tu panas sikit baru Farid ok. Lepas mandi pulak, Farid menggigil² sejuk.

Tapi sekarang Farid suka air. Kalau bole Farid nak berlama² dalam besen tu. Masa mama basuh belakang Farid, farid cepat² nak duduk nak menyandar, padahal belum siap lagi basuh belakang. Farid Farid.

Mama ingat nak cari besen besae sikit sebab Farid dah tak muat dah dalam besen tu. Kaki Farid terangkat letak atas besen. Haha. Comel je macam bos.

Berak Atas Mama

papa ingatkan mama suruh tengok farid selalu takot farid meniarap. papa kata kaki farid dah kuat, sebab tu asyik bergerak ke sana sini. memang betul. mama tinggal kejap je nampak farid dah ubah kedudukan. cepat betul ubah tu.

farid bangun pagi harini. pastu farid baik sangat. main sorang² dengan cerianya. mama tak kacau la. mama masak pagi² sementara farid tengah seronok main sorang².

mandi pagi tadi, tengah syok² basuh muka farid, tetibe prooottt, farid berak atas mama. dengan muka innocent pulak tu. dah ler lama beraknya. selesai berak, mama pun letak farid atas katil dulu, rupa²nya tahi menitik kene cadar. alamak, kene cuci cadar dulu. dah la cada baru tukar semalam. lepas cuci cadar baru cuci berak dan mandikan farid.

farid dah ketagih dukung. letak kejap dah bunyi² suruh mama riba, suruh mama dukung. aiii, penatnya mama. bole dikatakan sepanjang hari mama duk riba dan main ngan farid. harini kurang tido pulak dia. tido kejap² dalam 10 minit camtu pastu merengek suruh dukung.

pagi dan tengahari mama ok lagi la bertenaga nak alyan dukung, riba, dodoi main, nyanyi². tapi bila dah petang ke malam mama dah penat sayang. nasib baik papa ada, tolong layankan.

Makin manja

Farid dah ketagih dukung dan ketagih bau mama. asyik merengek minta dukung. letak je merengek. dah pandai dah dia ya.. pagi tu mama baring sebelah farid yang nyenyak tido. tengahari mama keluar slow² nak mandi, tetibe farid bunyi². aik, cam tau² je mama keluar.

mama bawa farid duk luar depan tv, buka sound. masa farid tido, mama masuk bilik air, tetibe farid bunyi². mana farid tau mama hilang. pelik ni.

Mama takleh buat keje apa pun. tinggal kejap bunyi, tinggal kejap bunyi. malam mama sakit kepala sangat². lepas makan panadol mama tido, papa layankan farid. beberapa kali terjaga susukan farid.

pastu pukul 5 pagi terjaga lagi, farid duk bunyi² sambil himpit mama macam biasa sampai mama susah nak pusing takot terpenyek farid. rupa²nya farid dah hampir meniarap. mama cepat² kejut papa sebab tak bole pusing, kene himpit. papa terkejut tengok farid hampir meniarap, cepat² angkat farid dan letak kat tempat asal. Naseb baek tak penyek.

Balik

balik ke perai harini. pukul 10 bertolak. farid tido je dalam perjalanan. sampai ke rnr restoran jejantas farid bangun dan taknak duk dalam seat dah. papa riba farid sampai ke tapah. kita tido tapah dulu kat hotel kawan.

kira duit sedekah yang farid dapat. rm290. papa tambah lagi rm10 bagi cukup rm300. nak buka akaun asb adam50, atau sspn-i?. dua² pun mama tak minat sebenarnya. huhu

Selepas makan malam farid menyusu sebelum tido. kali ni farid pelik sikit. farid nyonyot lama sambil tido. lepas farid lelap mama tanggalkan puting, farid terus panik dan tercari² puting pastu merengek. 3 4 kali juga jadi macam tu. puting mama dah nyilu. mama cuba sumbat puting kosong tapi farid tolak. farid hisap jari. tapi merengek juga. akhirnya papa dukung pujuk farid tido. mama terlelap.

mama terbangun pukul 2.30 pagi, rasa farid himpit belakang mama. mama hampir jatuh dah. farid manja betul. suka himpit mama. mama sayang farid tau.

Rumah tokki

harini lepak rumah tokki. sepupu farid seronok main ngan farid. mak teh dan mak ngah pun syok dukung farid. farid sedu, mak teh tepekkan tisu. farid memang kuat sedu dari lahir lagi. sama macam mama.

Balik kemaman

Harini pi kemaman. orang panggil farid stoko. sebab farid bertubuh dorang panggil. mama rasa comel juga nama tu. bole la mama panggil farid awang stoko lepas ni.

Tengok bola

Kita tak pi mana² harini. farid banyak tido, banyak terjaga dan banyak menyusu. tido kejap sangat, menyusu pun kejap sangat. tu yang farid asyik² nak susu.

malam kita tengok bola malaysia lawan vietnam. atan riba farid. tetibe atan sebut gollll dengan kuat, farid terkejut lalu nanges. tapi atan tak perasan farid nanges. lepas perasan, atan tak faham kenapa farid nanges. tapi farid nanges tak kuat. farid sangat tabah orangnya.

Lepas tengok bola kita gi alif megamall. farid tido di pangkuan papa. dah nak balik baru farid bangun. sampai kat rumah Farid taknak tido. mata bulat je. lepas bagi susu baru la farid tido. tido sampai pagi.

Farid Nak Mengiring

Farid dah start mengiring, nak pusing badan. mama geram nak tolong pusingkan, tapi kene biar farid pandai sendiri. farid nampak seronok borak² dengan semua orang. terutama dengan kak aisyah dan makcu.

malam pula farid meragam. farid nangis melalak². uwan kata farid kembung. mama tak sure farid kembung atau farid penat ke hulu ke hilir. farid pun jarang tido harini sebab asyik kene angkat dan suasana tak sunyi. tapi bila dah start tido, farid terus tido sampai pagi esoknya.

Balik Kampung 2

Farid behave juga sepanjang perjalanan. tido aje. tak merengek. sampai mama risau pula. kejap kejap jenguk farid dalam baby seat tu.

Sampai kampung kita pergi rumah tokki dulu. tokki hepi sangat. farid tak takot kat sapa². semua orang bole angkat farid. sepupu farid semua geram tengok farid terutama sekali muiz.

Balik kampung

Harini balik kampung. mama risau farid buat hal dalam kereta. tapi farid baik sangat. farid tido je sepanjang perjalanan. mama kene kejutkan farid untuk menyusu. mama tak larat nak drive terus, kita bermalam kat tanjung malim.

kat tanjung malim pun farid behave. farid tido je kat hotel. mama dan papa dapat rehat secukupnya.

Banyak cakap

farid banyak sangat cakap. farid cakap tak henti dengan penuh excited sambil tangan dan kaki farid melambai², terangkat².

farid pun dah start respon bila mama bercakap. farid senyum dan balas balik bila mama cakap. mama hepi sangat.

mama kene luangkan lebih banyak masa dengan farid. mama kene lebih banyak main dengan farid.

mama sayang farid tau.

Tido nyenyak lagi (yay)

malam tadi lagi sekali farid tido nyenyak.

awal malam farid jeluak banyak. lepas tu merengek². mama tidokan farid pukul 8.30 malam. sesekali farid bangun nak susu. pukul 12 malam farid tido sampai pukul 5 baru bangun nak susu. lepas menyusu tido balik.

mama hepi sangat. hari² tido nyenyak macam ni ya sayang.

Keluar jalan for the first time

lepas jumaat papa n mama bawa farid pi jalan. mama risau sebenarnya. takot farid merengek nak susu masa jalan. takot tak pandai nak susukan farid in public. tapi tak kira, nak bawa juga.

kita pergi tesco. pergi kedai baby beli 3 pasang baju yg besar sikit. pastu masuk tesco beli lampin, Tshirt mama n barang² sikit, pastu masuk mr diy. kita gi makan kat food court.

sepanjang kat Tesco, farid baik sangat. farid diam je tido. sesekali bangun dan tengok sekeliling. tak bunyi, tak merengek.

masa dalam kete otw balik, masa tu pukul 5.30pm baru la farid merengek nak susu. tapi mama tengah drive. jem pulak tu. papa timang², borak² tenangkan farid. bukan main becok lagi mulut papa. sepanjang 5 tahun kawen tak pernah papa becok macam gitu.

papa sayang sangat kat farid. sampai rumah barulah farid nanges² nak susu. kesian farid, lama tak dapat susu. 4 jam tu.

tapi mama bangga sebab farid baik je sepanjang kat tesco

sayang farid

Dapat tido malam

semalam lepas mandi pagi kami letak farid kat ruang tamu. farid tido juga tapi sekejap². lepas mandi petang pun letak kat luar.

dalam pukul 10 malam farid nampak ngantok. kami taruk farid dalam bilik, tutup lampu dan tak pasang ekon.

farid terjaga² juga. tapi pukul 12.30 malam farid tidur terus sampai pukul 5.30 pagi baru bangun nak susu.

mama happy sangat. lepas menyusu farid kentut banyak dan kuat. wah, happy sangat nampaknya. kita tepuk nak bagi sendawa, dia pergi kentut pula. bagus farid. Mama tak sabar nak citer kat papa pasal farid tido nyenyak

Susah tidur malam

malam tadi papa keja malam. so farid n mama tido berdua aje. malam tadi farid pelik sikit. start pukul 10 malam asyik menyusu aje. letak kejap nak susu, letak kejap nak susu. bila dapat puting tu gaya farid macam lapar sangat. mama jadi confuse. kenapa lapar sangat ni.

masuk pukul 12 malam farid masih lagi nak susu. mama asyik bagi susu sampai lembik tetek mama. pastu taknak bagi dah, nak farid tido. tapi farid hisap jari pula sambil merengek². mama pun dudukkan farid sambil tepuk belakang, farid melantun². mama tiarapkan farid kat riba baru farid diam. tapi farid hisap jari mama pula. mama biarkan aje. tapi bersungguh² sangat farid hisap sampai mama rasa geli² menggeletek. mama cuba kawal perasaan geli tu namun tewas. bila letak, farid merengek² lagi. mama terpaksa bagi susu.

farid tido juga bila diberi susu. tapi kejap lepas tu farid terkejut lalu nanges. 2 kali. farid mimpi apa sayang?

mama ribakan farid dan tepuk². farid berjaya tido. itu pun terjaga² sebab bunyi ekon. mama rasa nak baling je ekon bodoh tu. mama nak ekon yang betul, tapi leceh dan mahal nak pasang. tu yang beli portable punya tapi bising pulak.

setengah jam kemudian farid bangun dan merengek. mama baringkan farid dan tepuk². farid tido tapi tak nyenyak. mata tak tutup penuh, tangan gerak² sesekali, dan mulut pun sesekali berbunyi.

mama pun duduk luar minum horlick. taknak ganggu. sesekala mama jenguk nak tengok farid tido ke tak. alhamdulillah tido pun. pukul 4.30 pagi mama masih kat luar.

mama google pasal baby tido malam. memang banyak reasonnya.

1. banyak tido siang

2. tido sekatil ngan mama papa

3. suasana dan tempat siang dan malam yg sama

4. tak ada rutin sebelum tido

mama duk fikir perlu ke sediakan katil bayi untuk farid? tapi kejap je pakai katil tu. rasa rugi pula kalau beli. dah ler rumah kita ni kecik aje.

siang farid nyenyak tido mungkin sebab farid tido sorang dalam bilik tu. takde bunyi, takde pergerakan katil. tapi malam, kita bertiga atas katil, mungkin itu yg buat farid tak nyenyak bila sesekali mama papa ubah posisi. kadang² kitorang bercakap juga bisik².

lepas ni setiap hari mama kene bawa farid duduk luar dan pasang tv. bagi suasana siang. malam pula masuk bilik, malapkan lampu dan senyap. mungkin cara ni farid dapat beza siang dan malam.

mama terfikir juga nak bagi puting dan buai. senang sikit. tapi kalau bole taknak ajar farid guna benda tu. mama tahan je la dulu selagi bole.

Papa


papa farid nama peyjal. papa baik sangat. hampir setiap hari papa mandikan farid. tiap kali dia ada kat rumah dia yang mandikan farid. mama cuma mandikan bila papa pergi kerja je. baikkan papa.

papa juga yang basuh baju farid. lepas basuh papa juga yang jemurkan baju tu. pastu papa juga yang lipat. baikkan papa.

papa paling suka salin lampin farid. paling dia suka cuci berak farid. lagi banyak farid berak, lagi papa happy. kadang² mama saja tunggu papa balik untuk papa salin pampers. papa memang suka sangat buat benda tu. baikkan papa.

tengah malam papa jarang terjaga bila farid nanges. tapi bila pukul 3.30 atau 4 pagi mama dah tak larat, mama kejut papa. papa akan dukung farid dan bawa jalan² dalam rumah sampai farid tertido. time tu mama tido aje. papa bawa farid keluar bilik sebab taknak kacau mama tido. baikkan papa.

papa farid baik sangat tau. mama tak pernah jumpa lelaki sebaik papa. papa jaga mama.dengan baik sampai mama gemok. pastu dia jaga farid pula dengan baik sangat.

sebelum ni tiap kali pergi kerja, mama salam tangan papa dan papa pun keluar. sejak farid ada, lepas mama salam tangan, papa pun cakap bye kat farid. tak cakap pun bye kat mama.

tu la papa sayang sangat kat farid tau. dekat 6 tahun kawen baru la farid muncul. lama tu sayang. farid kene hormat dan sayang papa tau.

sayang farid.

Every morning

Setiap pagi, pasti mama terjaga sebab ada tangan kecik tumbuk² bontot mama. rupa²nya farid terkial² kat bontot mama dan bunyi² kejutkan mama bangun. mama terpaksa hati² pusing badan, takot terpenyekkan farid. farid nak susu ya. bagus farid ni bangun pagi².

ntah macam mana farid bole mengesot dari tengah² katil sampai ke tepi katil. sikit lagi mama nak jatuh katil. farid farid.

semalam mama ngantuk sangat. pukul 2 pagi dah kejut papa minta papa layankan farid. pastu mama tido, tak tau apa yang berlaku kat korang. mama terjaga pukul 5, nampak farid dah baring dekat ngan papa sambil bunyi² panggil papa. lama pastu tangan papa bergerak nak kena farid. mama cepat² halang dan cuit² papa. papa buka mata dan terkejut tengok farid ada dekat sangat ngan papa. papa pun peluk dan tepuk² farid. farid senyap kejap. tak lama tu farid bunyi balik. nak susu la tu.

Baju dah kecik

Baju Farid dah kecik. Muat² je ngan badan farid. Bila nak pakai atau keluarkan tangan tu macam susah sikit. Lagipun itu semua baju new born.

Baju yang 0-3 months pula elok je pakai. Senang nak pakaikan..

Tadi mama keluarkan baju yang besar. Baju 0-6 months. Haaa.. Macam okay je.. Longgar² sikit je la.


Nanges masa mandi

Sejak akhir² ni farid selalu nanges masa papa basuh kepala. Pastu masa pakai baju pun nanges. Meraung². Sampai buruk muka farid. Tapi lepas bedung elok pula muka tu comel, mata bulat, pandang mama dengan innocent, seolah² tiada apa² berlaku sebentar tadi. Eh eh eh dia ni... Bila bagi susu, gelepor farid minum. Lepas tu tidur. Kuat tido siang ni..

Mama confuse

Mama confuse. farid asyik minta² susu tapi bila bagi, farid main² ngan puting dan tak hisap. pastu farid hisap jari. beria² pula tu. mama confuse, farid nak susu ke, atau nak explore jari. mama fikir nak explore jari tapi kesian pula tengok hisap jari sampai basah² jari tu.

Minum susu sikit-sikit

Farid minum susu sikit² je. dalam 3 minit, 5 minit pastu lepas. mama cuba sumbat lagi tapi farid cam taknak je. sama ada farid mengelamun tak pun farid tido sambil puting dalam mulut. kalau tengah tido elok pulak farid menyusu lama².
Sebab tu la farid cepat lapar. Kejap² nak susu. Papa ingat mama tak jaga farid. Padahal banyak kali bagi susu. Papa tak cakap apa, tapi pandangan papa tu mama faham sangat.
biasanya siang la farid tido lama. susah nak bangun bila mama kejutkan. malam pula kejap² terjaga. Bunyi sikit pun terjaga. Kesian farid tak dapat tido nyenyak.