Farid Dah 3 Bulan

Harini Farid okay. Ceria dari pagi sampai malam. Tapi mama letak Farid dalam bilik je sepanjang hari sampai malam. Farid pun tido aje. Siang tido, malam pun tido. Bila bangun ceria je main sorang².

Tapi malam la pulak Farid taknak tido. Mama papa dah tido kan tapi mata Farid bulat je. Segar betul. Dalam pukul 3 baru Farid tido sampai pagi.

Merengek pula dia

Selepas Maghrib Farid merengek². Semua benda tak kene. Letak merengek, riba merengek, duduk pun merengek. Farid nak mama cakap² dan dukung sambil jalan² baru okay, ceria muka.

Pukul 9 Farid start teriak. Muka kerut seribu. Merah² bila mama baringkan, bila mama ribakan. Bagi susu taknak. Mama penat sayang duk pegang dukung cakap ngan Farid sejak Maghrib tadi. Bagi la mama rehat kejap. Akhirnya mama dukung dan jalan² dalam rumah baru la Farid diam. Tapi mama dah tak larat.

Papa balik pukul 12.30 mlm papa amik alih. Farid masih nangis dan teriak. Papa pula dukung pusing rumah. Mama baring je. Dalam pukul 2 Farid tido sampai pagi.

Berpeluh

Harini farid tido lama. Pukul 11 pagi baru bangun. Dahi Farid berpeluh sejak semalam. Mama risau pulak. Farid panas ke, kurang susu ke, atau ada masalah lain? Mama googled tapi risau pula bila baca.

Malam Farid merengek². Baring tak kena, riba tak kena, duduk tak kena, berdiri tak kena, peluk tak kena. Last² mama peluk sambil berdiri baru la Farid tido.

Aik, pelik ni. Tak pelik pun. Papa selalu tidokan Farid malam² dengan bawa Farid berjalan² dalam rumah. Tu yang Farid nak jalan² tu kan.

Manja sangat anak mama ni.

Farid Suka Air

Masa baru lahir Farid takut air. Farid kesejukan walaupun air mandi tu dah cukup suam. Uwan terpaksa bagi air mandi tu panas sikit baru Farid ok. Lepas mandi pulak, Farid menggigil² sejuk.

Tapi sekarang Farid suka air. Kalau bole Farid nak berlama² dalam besen tu. Masa mama basuh belakang Farid, farid cepat² nak duduk nak menyandar, padahal belum siap lagi basuh belakang. Farid Farid.

Mama ingat nak cari besen besae sikit sebab Farid dah tak muat dah dalam besen tu. Kaki Farid terangkat letak atas besen. Haha. Comel je macam bos.

Berak Atas Mama

papa ingatkan mama suruh tengok farid selalu takot farid meniarap. papa kata kaki farid dah kuat, sebab tu asyik bergerak ke sana sini. memang betul. mama tinggal kejap je nampak farid dah ubah kedudukan. cepat betul ubah tu.

farid bangun pagi harini. pastu farid baik sangat. main sorang² dengan cerianya. mama tak kacau la. mama masak pagi² sementara farid tengah seronok main sorang².

mandi pagi tadi, tengah syok² basuh muka farid, tetibe prooottt, farid berak atas mama. dengan muka innocent pulak tu. dah ler lama beraknya. selesai berak, mama pun letak farid atas katil dulu, rupa²nya tahi menitik kene cadar. alamak, kene cuci cadar dulu. dah la cada baru tukar semalam. lepas cuci cadar baru cuci berak dan mandikan farid.

farid dah ketagih dukung. letak kejap dah bunyi² suruh mama riba, suruh mama dukung. aiii, penatnya mama. bole dikatakan sepanjang hari mama duk riba dan main ngan farid. harini kurang tido pulak dia. tido kejap² dalam 10 minit camtu pastu merengek suruh dukung.

pagi dan tengahari mama ok lagi la bertenaga nak alyan dukung, riba, dodoi main, nyanyi². tapi bila dah petang ke malam mama dah penat sayang. nasib baik papa ada, tolong layankan.

Makin manja

Farid dah ketagih dukung dan ketagih bau mama. asyik merengek minta dukung. letak je merengek. dah pandai dah dia ya.. pagi tu mama baring sebelah farid yang nyenyak tido. tengahari mama keluar slow² nak mandi, tetibe farid bunyi². aik, cam tau² je mama keluar.

mama bawa farid duk luar depan tv, buka sound. masa farid tido, mama masuk bilik air, tetibe farid bunyi². mana farid tau mama hilang. pelik ni.

Mama takleh buat keje apa pun. tinggal kejap bunyi, tinggal kejap bunyi. malam mama sakit kepala sangat². lepas makan panadol mama tido, papa layankan farid. beberapa kali terjaga susukan farid.

pastu pukul 5 pagi terjaga lagi, farid duk bunyi² sambil himpit mama macam biasa sampai mama susah nak pusing takot terpenyek farid. rupa²nya farid dah hampir meniarap. mama cepat² kejut papa sebab tak bole pusing, kene himpit. papa terkejut tengok farid hampir meniarap, cepat² angkat farid dan letak kat tempat asal. Naseb baek tak penyek.

Balik

balik ke perai harini. pukul 10 bertolak. farid tido je dalam perjalanan. sampai ke rnr restoran jejantas farid bangun dan taknak duk dalam seat dah. papa riba farid sampai ke tapah. kita tido tapah dulu kat hotel kawan.

kira duit sedekah yang farid dapat. rm290. papa tambah lagi rm10 bagi cukup rm300. nak buka akaun asb adam50, atau sspn-i?. dua² pun mama tak minat sebenarnya. huhu

Selepas makan malam farid menyusu sebelum tido. kali ni farid pelik sikit. farid nyonyot lama sambil tido. lepas farid lelap mama tanggalkan puting, farid terus panik dan tercari² puting pastu merengek. 3 4 kali juga jadi macam tu. puting mama dah nyilu. mama cuba sumbat puting kosong tapi farid tolak. farid hisap jari. tapi merengek juga. akhirnya papa dukung pujuk farid tido. mama terlelap.

mama terbangun pukul 2.30 pagi, rasa farid himpit belakang mama. mama hampir jatuh dah. farid manja betul. suka himpit mama. mama sayang farid tau.

Rumah tokki

harini lepak rumah tokki. sepupu farid seronok main ngan farid. mak teh dan mak ngah pun syok dukung farid. farid sedu, mak teh tepekkan tisu. farid memang kuat sedu dari lahir lagi. sama macam mama.

Balik kemaman

Harini pi kemaman. orang panggil farid stoko. sebab farid bertubuh dorang panggil. mama rasa comel juga nama tu. bole la mama panggil farid awang stoko lepas ni.

Tengok bola

Kita tak pi mana² harini. farid banyak tido, banyak terjaga dan banyak menyusu. tido kejap sangat, menyusu pun kejap sangat. tu yang farid asyik² nak susu.

malam kita tengok bola malaysia lawan vietnam. atan riba farid. tetibe atan sebut gollll dengan kuat, farid terkejut lalu nanges. tapi atan tak perasan farid nanges. lepas perasan, atan tak faham kenapa farid nanges. tapi farid nanges tak kuat. farid sangat tabah orangnya.

Lepas tengok bola kita gi alif megamall. farid tido di pangkuan papa. dah nak balik baru farid bangun. sampai kat rumah Farid taknak tido. mata bulat je. lepas bagi susu baru la farid tido. tido sampai pagi.