lepas jumaat papa n mama bawa farid pi jalan. mama risau sebenarnya. takot farid merengek nak susu masa jalan. takot tak pandai nak susukan farid in public. tapi tak kira, nak bawa juga.
kita pergi tesco. pergi kedai baby beli 3 pasang baju yg besar sikit. pastu masuk tesco beli lampin, Tshirt mama n barang² sikit, pastu masuk mr diy. kita gi makan kat food court.
sepanjang kat Tesco, farid baik sangat. farid diam je tido. sesekali bangun dan tengok sekeliling. tak bunyi, tak merengek.
masa dalam kete otw balik, masa tu pukul 5.30pm baru la farid merengek nak susu. tapi mama tengah drive. jem pulak tu. papa timang², borak² tenangkan farid. bukan main becok lagi mulut papa. sepanjang 5 tahun kawen tak pernah papa becok macam gitu.
papa sayang sangat kat farid. sampai rumah barulah farid nanges² nak susu. kesian farid, lama tak dapat susu. 4 jam tu.
tapi mama bangga sebab farid baik je sepanjang kat tesco
sayang farid