Balik

balik ke perai harini. pukul 10 bertolak. farid tido je dalam perjalanan. sampai ke rnr restoran jejantas farid bangun dan taknak duk dalam seat dah. papa riba farid sampai ke tapah. kita tido tapah dulu kat hotel kawan.

kira duit sedekah yang farid dapat. rm290. papa tambah lagi rm10 bagi cukup rm300. nak buka akaun asb adam50, atau sspn-i?. dua² pun mama tak minat sebenarnya. huhu

Selepas makan malam farid menyusu sebelum tido. kali ni farid pelik sikit. farid nyonyot lama sambil tido. lepas farid lelap mama tanggalkan puting, farid terus panik dan tercari² puting pastu merengek. 3 4 kali juga jadi macam tu. puting mama dah nyilu. mama cuba sumbat puting kosong tapi farid tolak. farid hisap jari. tapi merengek juga. akhirnya papa dukung pujuk farid tido. mama terlelap.

mama terbangun pukul 2.30 pagi, rasa farid himpit belakang mama. mama hampir jatuh dah. farid manja betul. suka himpit mama. mama sayang farid tau.