Farid respon

Farid dah start respond. bila mama gerak² dan datang dekat, farid dah beliakkan mata dan tutup mata. farid dah nampak mama kan.. bila mama bercakap² farid pandang mama dengan mata bulat. pastu farid pun bersuara sambil senyum² macam bercakap juga. kaki dan tangan farid bergerak² macam happy sangat. farid tak sabar nak bercakap ya sayang.. nanti mama ajar cakap ek..
tapi farid masih belom respon bila kene hagah. farid belom faham kot. takpe, nanti faham la tu..

Farid pandai sendawa

Farid dah pandai sendawa. lepas menyusu mama biar je farid baring dulu. bila farid dah merengek² tu maknanya nak sendawa la tu. time tu mama tepuk² dan gosok belakang. Tak lama tu farid pun sendawa. happy sangat bila dengar bunyi sendawa tu. papa lagi hepi bila dapat sendawakan farid. sayang papa.

Hisap susu sikit

Farid hisap susu sikit². 10 minit gitu je pastu taknak dah. tetek mama dah sakit sebab banyak susu. nak paksa farid menyusu tak sampai hati pula.
Mama pernah paksa farid minum banyak sikit. Pastu farid jeluak. Mama rasa bersalah sangat. Pastu mama taknak paksa dah. Kalau susu banyak sangat mama perah dan bekukan. Tak tau nak buat apa dengan susu beku ni. Tahan 3 bulan je..

Mata bertentang mata

Bila menyusu farid pandang mata mama. kali pertama la orang pandang mama macam tu. pandang tepat dalam mata taknak kelip. comel sangat. mata farid besar.

Tak tido malam

Farid mula tak tido malam. masuk pukul 12 je mata segar. pastu merengek² tak tau nak apa. pukul 4 baru tido. tapi ada hari pukul 5 baru tido. ada pula pukul 7 baru tido. mama jaga sampai pukul 4pagi je. pastu kejut papa. papa sambung jaga farid. mama tido. lepas pukul 4 mama tak larat dah. Sori ya sayang.
tapi papa bagus sangat. papa layan farid baik punya. mama pun tak layan farid sebaik itu. farid mesti hormat papa tau. kesian papa layan farid meraung² tak tentu hala.

Hisap Jari

Masuk usia 2 bulan ni farid dah mula hisap jari. papa potongkan kuku. mama tak nak pakaikan sarung tangan, tapi calar² pula muka farid. so kadang² pakai, kadang² tak..

Farid Hensem

Ingat tak mama pernah terkejut tengok farid hodoh? kini farid dah tak hodoh lagi. bulu mata farid dah tumbuh, panjang lagi.. hidung farid pun dah normal saiznya untuk muka farid yang bulat tu, kepala ada sikit lonjong dan senget sebab baring sebelah tapi dah makin okay dah. Farid dah berubah menjadi sangat kacak. Mama nak kiss farid setiap hari.

Cucuk vaksin

Farid cucuk vaksin kat kk. farid meraung kejap je, pastu ok dah. farid pun behave je. papa dukung sepanjang kat kk. baik kan papa. that's why i love him so much.

2 month

Berat farid 5kg. wow! besarnya awak. hahaha.. farid amik rotavirus ke apa ntah nama. farid suka. doc pun terkejut tengok farid beria2 hisap vaksin tu. Katanya ada baby tak suka. Tapi farid suka js. anak mama la ni suka makan2 ni. lebiu farid.

Last berurut

Last berurut. okay sikit la berbanding first day tu. papa cuti. dia layan farid dalam bilik je. farid baik la pula tak minta susu.

1st time berurut

Mama berurut utk 1st time. gila sakit. macam nak mati je aku ni kene urut. tahan je la. farid pula duk sebelah tengok je mama. pastu papa balik layan farid.

Pam susu sekali sehari

mama dah kurangkan pam susu. sekali sehari je sebab macam banyak je susu dalam peti tu. Mama pun tak tau nak pam ke tak. farid pun tak minum guna botol dah. df je.

Cukur kepala

Kepala farid dah botak. papa cukurkan. tapi tak botak habis. ada lagi rambut sikit². buruk betul kepala farid ni. takpe, buruk² pun mama sayang.

Start bekukan susu

Mama start bekukan susu yang dipam. macam banyak je lagipun farid tak minum ngan botol dah. farid df je sekarang. farid dah pandai.

Kuat berak

Farid kuat berak dan kuat kentut. gila kuat bunyi kentut farid. tapi sedap je bunyinya. mama suka dengar. berak pula 3x sehari biasanya. papa paling suka bila farid berak. papa suka salin pampers. baik kan papa.

Pandai menyusu

Farid dah mula pandai menyusu. mama paksa siri df juga. mula² df, pastu continue dengan botol dalam 1 oz lagi sebab macam tak cukup je.. lama² farid pandai df. mama hepi snagat sayang. mama tak perlu dah panaskan susu setiap hari. tapi kene perah juga sebab susu banyak.