Nanges Malam

Bila mama tarik tangan, farid dah respon nak bangun. Tapi farid tak kuat lagi. Mama tak tarik kuat², setakat farid mampu je. Farid dah kuat.

Malam sebelom tido farid nanges kuat sangat. Macam takot pun ada. Macam sakit pun ada. Mama risau. Lain macam je nanges tu. Last² kita bawa naik kete drive kejap. Baru la farid lelap. Takkan hari² nak bawa kereta kot.

Naik Flight

Harini balik kampung naik flight. Baru 5 bulan dah naik flight. Hebat la budak farid ni.

Dalam flight farid behave je. Kekadang tido. Kekadang bangun. Tapi tak nanges. Mama bangga sangat ngan farid.

Respon

Mama tak ingat bila tapi farid dah mula respon bila mama panggil farid. Tak sure la respon pada nama atau pada suara mama.. Tapi kadang² je la farid toleh.

Tido Lewat

Esok genap Farid 5 bulan. Tapi malam ni Farid taknak tido. Mula² ajak main, pastu masuk bilik je terus merengek. Adoi, mama tak larat sangat sayang. Pukul 2.30 baru la farid tido. Mama tak tahu papa keje malam. Kalo tau, mama rehat betul² tadi.

Tapi siang tadi farid tak buat hal. Main sorang² macam hepi je. Alhamdulillah, mama dapat mengait banyak sikit.

Mitten

Masuk 3 bulan mama dah stop pakaikan farid mitten. Tapi farid selalu garu muka habis calar muka farid.

Papa kesian tengok. Pakai selalu pakaikan mitten pastu mama buka balik. Pastu papa pakaikan balik paatu mama buka balik.

Tapi harini mama nampak farid gosok muka guna belakang tapak tangan. Patut la muka farid dah jarang calar.

Cuma ruam susu banyak kat mulut dan ruam kat leher. Papa sapukan losyen. Kadang surut, kadang naik semula. Tak comel la nampak.

Angkat Badan

Mama saja je hulur tangan tengok farid sambut tak, tapi tak sambut.

Tapi masa farid baring, bila mama hulur tangan farid angkat² badan cam tak sabar je nak mama angkat. Comel betul la farid ni.

Pandai

Farid dah pandai buat benda baru. Farid isap susu masa meniarap atas mama. Haha. pandai pula dia cari puting. pastu farid dah pandai grab plushie daiso tu. farid amik sendiri dan gigit² dia. pandai betul farid ni. very fast learner.

Belajar Pegang

Malam ni mama try ajar farid pegang barang. Mama bagi farid plushie bintang. Farid tengok je bintang tu. Mama letak kat tangan, farid nak capai tapi masih tak faham guna tangan. Akhirnya farid pegang bucu bintang tu. Sekejap je pegangnya. Beberapa saat je pastu terlepas. Okay la tu. Ada perkembangan.

Pastu mama tiarapkan farid dan letak bintang tu kat depan. Farid asyik pandang je bintang tu. Pastu gerak² kaki dan tangan nak ke depan. Tapi faris gerak ke belakang pulak dah. Hahaha. Takpe. Farid masih tak pandai. tak lama lagi pandai la tu

Jarang Poo Poo

Farid dah jarang berak la. 3 hari sekali baru berak. Sikit pulak tu.

Mama ada baca ada baby yang 14 hari tak berak. Nurse kata ok je sebab minum susu ibu.

Mama harap farid takde la tak berak selama itu.