Jarang Update
Bulan lepas mama jarang update perkembangan Farid. Mungkin sebab mama dah start berniaga, banyak keje yang mama cuba buat, jadi dah kurang sikit luangkan masa update diari ni. Mama akan cuba luangkan masa demi Farid tersayang.
Makan Sate
Malam ni pi makan sate. First time Farid naik moto malam. Farid cam biasa la senyap aje. Pastu tido. Same je ngan Uwan. Naik kenderaan je tido. Jeles la mama macam ni.
Mama sebenarnya takot juga bawa Farid naik moto. Selalu terfikir bukan². Mama doa banyak² Allah lindungi Farid mama yang kacak menawan ni.
Kat kedai sorang akak tu ingatkan Farid ni perempuan. Dia kata Farid comel dan baik sangat. Semoga Farid teris comel dan baik sehingga ke akhir hayat.

Gigi Kedua
Gigi kedua farid pulak tumbuh. Amboi, lajunya tumbuh gigi. Tapi mengesot pun belom. Duduk pun belom. Ni mesti jenis kuat makan macam mama ni kan..
Cakap Penang?
Tadi mama mandi lama juga. Selesai mandi papa bawa Farid masuk bilik.
Mama cakap "Jom la duduk kat luar. Ke Farid nak duduk dalam bilik? Fid nak duk luar ke, nak duk dalam bilik? Hah, cakap."
Tetibe Farid cakap "kat luaq!"
Woooooo. Anak Penang betol ni. Hahahaha..
Sebenarnya takde la cakap betul² camtu, tapi dengar macam tu. Farid ni pandai. Mama sayang Farid.

Pi Kpj
Pagi ni pi KPJ. Kita jumpe doktor n
tanya nape kencing farid berdarah. Doc tengok gambar yang mama amik semalam. Katanya itu bukan kencing berdarah tapi kencing kristal. Biasanya sebab kurang air. Pastu doc pasangkan perangkap kencing kat farid nak amik sampel air kencing.
Doc pun bagitau yang farid ada ezcema. Terkejut mama. Ingatkan tu ruam biasa je. Patut la Farid asyik menggaru.
Lepas makan, mama susukan Farid tapi Farid tak kencing² pun. Kitorang pun balik dulu sebab papa nak gi solat Jumaat.
Tak lama tu mama check tengok² Farid berak. Alahai, orang tunggu dia kencing dia pergi berak pulak Dak Farid ni. Tak dapat bagi sampel.
Khamis depan pun bawa sampel kencing Farid. Nakal juga awak ni Farid.

Kencing Berdarah
Papa salinkan pampers tadi. Papa nampak ada 3 tompok darah kat pampers. Alamak, kenapa ni? Mama takot.
Papa suruh tengok dulu macam mana.
Malam tu sekali lagi ada 2 tompok darah. Papa cakap akan bawa Farid pi klinik lepas balik keje pukul 4. Hm... Lama sangat la tu.
Mama ingat nak bawa Farid gi klinik pagi esok naik Grab je la. Petang sangat karang klinik tutup pulak. Elok² mama install Grab app tetibe papa kol kawan dia ajak tukar shift. Yay, papa ikot kita esok.

Tak Kencing
Pelik la harini Farid tak kencing dari 12 malam tadi sampai 1.30 tengahari. Kenapa Farid?
Risau la mama. Tengok suhu badan ok je. Farid pun aktif je tak pe'el. Pe'el sikit² time nak tido tu biasa la.
Risau la mama. Tengok suhu badan ok je. Farid pun aktif je tak pe'el. Pe'el sikit² time nak tido tu biasa la.
Gigi Dah Tumbuh
Balik dari kampung. Papa belikan farid baju pilot Air Asia. Baju tu besar. Kene tinggu besar sikit baru pakai.
Dalam flight mama dapat rasa gusi farid keras. Sampai kat rumah check memang betul dah ada gigi sebatang. nampak putih gigi tu. wah! farid dah tumbuh gigi 😁😁😁
Dalam flight mama dapat rasa gusi farid keras. Sampai kat rumah check memang betul dah ada gigi sebatang. nampak putih gigi tu. wah! farid dah tumbuh gigi 😁😁😁
Gusi Keras
Aisyah anak mak ngah masukkan jari dalam mulut farid dan dia kata dah ada gigi. Mama check, gusi farid memnag dah keras. Keras macam gigi. Papa check nampak ada putih² sikit kat belakang gusi tu. Excitednya mama
Hagah
Farid toleh bila atan, uwan, pakcik n makcik panggil farid. Kadang² tak toleh tapi nampak macma dah tahu nama farid.
Farid pun suka kene hagah. Uwan banyak hagah. Farid gelak² comel.
Farid pun suka kene hagah. Uwan banyak hagah. Farid gelak² comel.
Nanges Malam
Bila mama tarik tangan, farid dah respon nak bangun. Tapi farid tak kuat lagi. Mama tak tarik kuat², setakat farid mampu je. Farid dah kuat.
Malam sebelom tido farid nanges kuat sangat. Macam takot pun ada. Macam sakit pun ada. Mama risau. Lain macam je nanges tu. Last² kita bawa naik kete drive kejap. Baru la farid lelap. Takkan hari² nak bawa kereta kot.

Naik Flight
Harini balik kampung naik flight. Baru 5 bulan dah naik flight. Hebat la budak farid ni.
Dalam flight farid behave je. Kekadang tido. Kekadang bangun. Tapi tak nanges. Mama bangga sangat ngan farid.
Dalam flight farid behave je. Kekadang tido. Kekadang bangun. Tapi tak nanges. Mama bangga sangat ngan farid.
Respon
Mama tak ingat bila tapi farid dah mula respon bila mama panggil farid. Tak sure la respon pada nama atau pada suara mama.. Tapi kadang² je la farid toleh.
Tido Lewat
Esok genap Farid 5 bulan. Tapi malam ni Farid taknak tido. Mula² ajak main, pastu masuk bilik je terus merengek. Adoi, mama tak larat sangat sayang. Pukul 2.30 baru la farid tido. Mama tak tahu papa keje malam. Kalo tau, mama rehat betul² tadi.
Tapi siang tadi farid tak buat hal. Main sorang² macam hepi je. Alhamdulillah, mama dapat mengait banyak sikit.
Tapi siang tadi farid tak buat hal. Main sorang² macam hepi je. Alhamdulillah, mama dapat mengait banyak sikit.
Mitten
Masuk 3 bulan mama dah stop pakaikan farid mitten. Tapi farid selalu garu muka habis calar muka farid.
Papa kesian tengok. Pakai selalu pakaikan mitten pastu mama buka balik. Pastu papa pakaikan balik paatu mama buka balik.
Tapi harini mama nampak farid gosok muka guna belakang tapak tangan. Patut la muka farid dah jarang calar.
Cuma ruam susu banyak kat mulut dan ruam kat leher. Papa sapukan losyen. Kadang surut, kadang naik semula. Tak comel la nampak.

Angkat Badan
Mama saja je hulur tangan tengok farid sambut tak, tapi tak sambut.
Tapi masa farid baring, bila mama hulur tangan farid angkat² badan cam tak sabar je nak mama angkat. Comel betul la farid ni.
Tapi masa farid baring, bila mama hulur tangan farid angkat² badan cam tak sabar je nak mama angkat. Comel betul la farid ni.
Pandai
Farid dah pandai buat benda baru. Farid isap susu masa meniarap atas mama. Haha. pandai pula dia cari puting.
pastu farid dah pandai grab plushie daiso tu. farid amik sendiri dan gigit² dia. pandai betul farid ni. very fast learner.
Belajar Pegang
Malam ni mama try ajar farid pegang barang. Mama bagi farid plushie bintang. Farid tengok je bintang tu. Mama letak kat tangan, farid nak capai tapi masih tak faham guna tangan. Akhirnya farid pegang bucu bintang tu. Sekejap je pegangnya. Beberapa saat je pastu terlepas. Okay la tu. Ada perkembangan.
Pastu mama tiarapkan farid dan letak bintang tu kat depan. Farid asyik pandang je bintang tu. Pastu gerak² kaki dan tangan nak ke depan. Tapi faris gerak ke belakang pulak dah. Hahaha. Takpe. Farid masih tak pandai. tak lama lagi pandai la tu

Jarang Poo Poo
Farid dah jarang berak la. 3 hari sekali baru berak. Sikit pulak tu.
Mama ada baca ada baby yang 14 hari tak berak. Nurse kata ok je sebab minum susu ibu.
Mama harap farid takde la tak berak selama itu.
Mama ada baca ada baby yang 14 hari tak berak. Nurse kata ok je sebab minum susu ibu.
Mama harap farid takde la tak berak selama itu.
Keliru
Farid ni suka meniarap, tapi lepas meniarap marah². Kenapa marah pula sayang? Kalau tak selesa, jangan la meniarap.
Lepas mama baringkan, farid nak meniarap balik, pastu marah balik. Aiyooo.. Camana ni...
Lepas mama baringkan, farid nak meniarap balik, pastu marah balik. Aiyooo.. Camana ni...
Gerak kaki
Farid dah pandai gerak² kaki nak ke depan masa meniarap. Tapi tak gerak pun, cuma pusing² kat tempat yang sama. Sekarang mama ajar farid capai barang tapi farid masih tak berminat. Takpe, nanti minat la tu.
4 Bulan
Harini pi kk untuk bulan ke-4. berat farid 6.8kg. Wah besar betul dia. nurse pun geram je tengok. Nurse goncang² mainan farid tak respon pun. Nurse kata bulan depan farid mesti pandai capai barang.
Sebelum balik, mama belikan mainan goncang tu. Nak ajar farid capai barang. Farid pandai, mesti cepat belajar kan.
Sebelum balik, mama belikan mainan goncang tu. Nak ajar farid capai barang. Farid pandai, mesti cepat belajar kan.
Waktu Tido
Sebelum tido malam, Farid merengek² dulu. Dalam pukul 2 baru tido sampai ke tenghari esok. kalo tak kejut, pukul 12 atau 1 tebgahari baru bangun. wow, lamanya farid tidooo.
Pot Pet Pot Pet
Uiii.. Malam ni farid bising sangat. mulu tak habis² pot pet pot pet. Kuat pulak tu. Mama sampai penat melayan. Farid pun taknak tido. Biasanya ada la tido kejap. Mama pulak yang ngantok layang farid pot pet pot pet.
Ruam
Muka farid hari² naik ruam susu. sebelum ni sikit je bintik². Sekarang dah banyak macam setompok setompok jerawat. Tak sedap mata memandang.
Lepas menyusu mama lap dengan kain basah. Harap² lepas ni ok.
Kentut farid pun dah start busuk. camana bole busuk tu sayang. Sebab pemakanan mama ke. Atau mungkin memang takdir. Haha
Lepas menyusu mama lap dengan kain basah. Harap² lepas ni ok.
Kentut farid pun dah start busuk. camana bole busuk tu sayang. Sebab pemakanan mama ke. Atau mungkin memang takdir. Haha
Papa Kena Buli
Semalam farid tarik rambut papa. harini farid tarik telinga papa. Kemas pulak tu farid tarik. Kesian papa jerit². kenapa, papa tak dengar cakap farid ke.. haha. Terbalik pulak dah.
Merengek
Dalam seminggu ni, sebelom tido farid mesti merengek² dulu. Itu tak kena, ini tak kena. Dalam pukul 2 3 baru tido. Sebelom tu tido juga tapi kejap². Mama suspect farid sakit perut tapi perut ok je. Farid pun dah jarang poopoo, jarang kentut.
Jerit
Dua tiga harini farid asyik jerit² meneran. nampak macam sakit perut. tapi mama check perut ok je. Tengah² tido pun bole jerit. tengah baring tetibe jerit. Tengah main tetibe jerit. Ntah la. mama pun tak tau apa masalah farid. Mungkin nak tukar bulan.
Kepala Dah Kuat
Farid dah pandai tegakkan kepala lepas meniarap. Lama pulak tu. Comel betul la farid ni love u baby.
Meniarap
Sejak farid dah pandai meniarap ni. hari² nak meniarap. Paling banyak meniarap bila dengan papa. Sebab papa selalu bagi semangat suruh meniarap. Mama? Mama suka membelai je.
Malam ni farid meniarap cam biasa dan terkial² nak keluarkan tangan. Pastu meniarap pula kali kedua, kali ni keluar tangan dengan mudahnya. wah, cepat betul pandai.
Lepas ni belajar angkat kepala pula tau sayang farid.

Sentuhanmu
Lepas minum susu pagi tadi, farid meniarap. Kali ni dah senang kelaurkan tangan tu. Lepas meniarap fard berangan. Tiba² farid hulur tangan dan sentuh² baju mama yang bercorak. Wah, farid dah pandai sentuh. Mama bangga sangat.
Magik
Pagi ni magik betul. Farid dah bangun tapi belom buka mata, tetibe farid meniarap dengan mudahnya pastu sambung tido balik. tak banyak effort pun bila tengah mamai ek. Masa celik bukan main susah lagi meniarap.
Sejak tahu meniarap, papa setiap masa suruh meniarap. Papa hepi tengok perkembangan farid.
Farid banyak tido sejak akhir² ni. mama tak pasti ok ke tak macam ni. harap² ok la. Mama pun baru perasan tiap kali tukar lampin, farid mesti angkat kaki dan punggung lepas mama buka lampin tu. Eh pandai dah dia. Ni mama sayang lebih ni.

Vaksin Dos Kedua
amik vaksi rotavirus dos kedua. farid baik je. masa makan kat kafe, pada ribakan sambil makan. papa memang macam tu. penyayang sangat.
sebelom balik rumah, kita singgah mydin kejap beli barang. farid senyap je duduk dlama carrier. tak lama kemudian farid bunyi². dah penat kot duduk lama. mama dukung pula, nampak macam nak menyusu. naseb baek ada bilik menyusu. tapi tak pasang ekon. panas.
pastu kita makan a&w kejap. mama baringkan farid atas meja. farid relax je. paatu nak meniarap. haha. asal bole je ek.
100 Hari
Harini 100 hari usia Farid. Tadi pukul 12tgh malam farid berjaya meniarap, cuma tangan masih tersekat..
mama nak nanges tengok usaha Farid tadi. farid sungguh² sangat. farid amik lajak nak pusing badan tu. bila farid start pusing mama papa. papa datang dan perhati je sampai farid berjaya meniarap. cuma farid tak reti nak alih tangan tu. farid terkial² nak alih tangan. mama takot farid lemas je. bila farid benam muka lama juga kat tilam, papa terlentangkan farid semula. takot lemas. takot la, tak mau amik risiko.
farid memang hebat. mama bangga dnegan farid.
------------
pada petang sekali lagi farid meniarap. mama sempat amik video. hepi sangat mama. time tu papa keluar pos barang. bila papa balik, dia nampak farid tido meniarap. papa cam tak puas hati je. malam tu juga lepas mandi papa suruh farid meniarap. beraungguh² papa suruh. akhirnya farid meniarap sekali lagi. dua kali juga la farid meniarap malam ni. papa belikan baby carrier warna purple. murah je dalam rm90. papa dah try pakai masukkan farid kat dalam dan jalan² dalam rumah. harap² okay la carrier tu.

Langgan:
Catatan (Atom)