Merengek pula dia

Selepas Maghrib Farid merengek². Semua benda tak kene. Letak merengek, riba merengek, duduk pun merengek. Farid nak mama cakap² dan dukung sambil jalan² baru okay, ceria muka.

Pukul 9 Farid start teriak. Muka kerut seribu. Merah² bila mama baringkan, bila mama ribakan. Bagi susu taknak. Mama penat sayang duk pegang dukung cakap ngan Farid sejak Maghrib tadi. Bagi la mama rehat kejap. Akhirnya mama dukung dan jalan² dalam rumah baru la Farid diam. Tapi mama dah tak larat.

Papa balik pukul 12.30 mlm papa amik alih. Farid masih nangis dan teriak. Papa pula dukung pusing rumah. Mama baring je. Dalam pukul 2 Farid tido sampai pagi.